Thursday, 11 July 2013

INSPIRATION - DETERMINATION - COURAGE

Hi & Assalamualaikum.
Hmm. apa yang aku nak share hari ni ehh?
Idea tiba tiba pop up. haha
Pernah tak dalam hidup awak where people underestimate you?
Mesti pernah kan?
Well.. jom tonton video ni..

Ok.. selepas tonton video ni.. what's your comment?
Mesti semua ternganga. Haha.
Cikgu aku pernah tunjukkan video ni dekat aku and kawan2 aku. Ceramah mmotivasi la. Yeah..
So,, this is the solutions..

1-Are they underestimating you? How do you know? How do you know that they aren't right about you? Do you think that you are a lot better they think you are?

2-Okay, then you have confidence in yourself. Good job, because that's the first step.

3-Realize this is a golden opportunity. Proving people wrong is such a fun thing. You have people in your life who think you are a lot less than you are, and wow are you going to surprise them. You are going to surprise them, right? Remember that.

4-Every time they say something negative, remember how you will prove them wrong. Every snicker, mean look, laugh, whisper, negative comment is another opportunity for you to just keep silent and remember the day that their current words will look so dumb. The day they will be proven wrong.

5-Shut your mouth at all costs. Speaking to them will only hurt you. You don't feed a diamond necklace to the dogs, don't feed your positive energy to someone who is negative.

6-Concentrate on your goals. If you concentrate on their negativity, you risk becoming negative and cynical like them. You need to stay positive and concentrate on yourself.

Naaahh.. Ok? 

Hmm.. Next is.. Berani? Ada apa dengan berani? Bukan semua orang dalam dunia ni berani. Betul tak? Berani dalam macam macam perkara. How to face the truth kalau kita tak berani kalau kita sendiri tak berani terima kenyataan kita ni penakut? Haaa.. Listen ..


Hmm.. bukan suruh tengok Miley Cyrus. Tapi cuba dengar lirik dia. It's a good song. Kalau kita sendiri tak mampu nak hilangkan rasa takut dalam diri tak mampu nak pekakkan telinga untuk dengar suara hati kita yang sentiasa cuba kata JANGAN. Then, we'll be a loser. So,, Percaya pada diri yang kita boleh buat. Everything's gonna be fine.  So believe in yourself ! Kerana dirimu begitu berharga. There's A star inside of you. Hanya kau yang mampu menyinarkan ia. Haha. Ayat sumpah pelik gila. Hmm. Haha. Rasanya hari ni punya post dah macam pelik . tak tahu la kenapa. 
Apa apa pun. Goodluck kepada diri aku kerana next week ada Standardized Test 1. Hhaha, Have a nice weekend ! :)


“You’re not obligated to win. You’re obligated to keep trying. To the best you can do everyday.”
Jason Mraz

“I like the night. Without the dark, we'd never see the stars.”
Stephenie Meyer, Twilight

Tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain hari..
Salam sayang dari hati - azrahazimah

Tuesday, 14 May 2013

Saya OK .. Saya dah 18 tahun..

Hi there. Assalamualaikum.
Today is my birthday. 18's birthday.
Yeaah. I know I'm getting older. Memang la azra oii. Takkan makin muda pulak. haha
Hmm. Seriously aku happy gila. tak tahu kenapa. haha.
Ya.. maybe umur 18 tu macam satu tiket yang membolehkan kita buat apa yang kita nak tanpa merisaukan mak ayah kita. setuju tak?
Saya ok.. saya dah besar. haha
patutnya macam ni kot.
Saya dah besar.. saya ok.
haha. hmm.
Umur dah nak mencecah angka 2.. sanggup ke aku nak menghadapi dunia luar..
seriously ckp aku tak sedia lagi..
yaa.. aku masih tak kenal lagi dengan ragam manusia.. dekat sekolah kita hanya hidup dalam environment yang sama level dgn kita pemikirannya------kawan kawan kita laa.
yaa.. walaupun tak semua kawan kita berfikiran sama dengan kita..tapi mereka masih memahami kita..tahu apa yang kita rasa..yeaahh..
tapi nanti kalau kita dah kena duduk dekat luar,, jauh dari keluarga,,jauh dari kawan kawan kita..mampukah kita hidup..haha..apa daa soalan,,mesti la mampu..
jadi persediaan untuk menghadapi dunia luar ialah dengan set minda kita..mind set adalah sangat penting kalau kita nak buat sesuatu(ceh...ayat..x boleh blah).. ya.. kalau kita kata susah,takut,cuak, memang akan jadi macam yang kita kata tu la. betul tak..
Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ialah kata yang kita bole hadapi masa dewasa.. takkan takut.. kita mesti boleh buat.. dan sebenarnya factor sesuatu kejayaan adalah dgn kita berfikiran positif. optimis. sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Setuju tak?
Aku rasa diri aku sangat beruntung sebab good side of myself which is motivator dalam diri aku sangat kuat pengaruh terhadap diri aku yang aku rasa sangat lemah ni.
so..setiap kali aku takut untuk hadapi sesuatu,,serta merta diri aku akan dengan sendirinya menenangkan diri aku..haha.. aku rasa semua orang macam ni jugak..tapi kekuatan inside motivator kita tu je yang lain lain. Betul tak? Kekadang terapi untuk diri adalah dengan bercakap dengan diri kita sendiri sebab hanya kita yang tahu macam mana rasa tu. Sounds crazy kan. tapi aku rasa ini boleh jalan dengan diri aku.. Jadi kalau korang nak ikut cara ni..tapi kalau dah rasa pelik dan tak sesuai..jangan ikut k.. heee..
Ataupun paling bagus ialah cari orang yang nak dengar apa yang kita nak luahkan..dan bukannya nak condemn kita bila kita dah luahkan..macam kita cerita sepatah,, sepuluh patah dia jawab balik..haha..lepas tu dia nak salahkan diri kita pulak..ni kan lagi melemahkan kita..
Dan tempat yang paling best sekali untk mengadu ialah Pada Allah.. itu yang paling best,,kita boleh mengadu bila bila masa.. Allah takkan condemn kita langsung malah bagi kita rasa lagi tenang,, :)
Being an adult akan buatkan kita terikat dgn macam macam tanggungjawab. As for me.. sebagai seorang kakak kepada adik aku yang empat orang tu..lagi besar tanggungjawab tu aku rasa.. Jadi aku kena jadi lagi kuat daripada mereka..
yang pasti aku tak tahu mana aku dapat kekuatan untuk hadapi waktu tu dulu. haha. Waktu bila..? Biar aku sorang je lah tahu.. dan disebabkan benda tu la aku jadi kuat.. Kuat untuk hadapi semua benda walaupun kadang kadang aku rasa dah gagal.. tapi hati ini Allah masih kuatkan lagi..
Dan paling koman sekali soalan pasal dewasa ini ialah pasal kahwin. Haha. Aku memang tak terfikir lagi. Dan buat masa ni aku takkan fikir lagi. Insyaallah..Ade la jodoh aku nanti..
Yeaahhh.. Dalam masa beberapa hari je lagi aku akan masuk ke dunia baru---- dunia alam kolej/pengajian tinggi.. Seriously sangat teruja, tak sabar,nervous,cuak, semua bercampur bergaul dengan sebati..haha..
macam mana la nanti aku nak hadapi kawan kawan baru kat sana.. Mesti aku rindu dekat kawan kawan kat sini nanti. Haii..hidup perlu diteruskan,,dan kawan tu biarlah seribu,,kan kan?
Jadi buat semua kawan kawan aku dalam batch '95.. Goodluck..
Selamat memasuki alam baru,, Hati hati pilih kawan,,pandai pandai bawa diri nanti,,jangan mudah terpengaruh dengan anasir jahat,,haha,,macam karangan BM pulak dah..Tapi betul la.. Ingat pesanan aku ni.. Sape sape yang duduk jauh dari keluarga nanti n tak biasa berjauhan jangan la nangis nangis ye.. kena belajar adapt diri dengan environment baru,, cari kawan yang boleh bimbing kita ke jalan yang benar..hehehe..
Jadi selamat maju jaya kepada semua termasuklah kepada diri aku sendiri..


“You only live once, but if you do it right, once is enough.”
Mae West

“I'm a success today because I had a friend who believed in me and I didn't have the heart to let him down.”
Abraham Lincoln

“It is hard to fail, but it is worse never to have tried to succeed.”
Theodore Roosevelt

Jumpa di lain kalam,,
Salam sayang dari hati,,--azrahazimah :)

Thursday, 9 May 2013

Hi.. Lama tak jumpa.. Heeee

Hi..Hello there :)
Hmm.. Assalamualaikum.
dah lama sangat aku tak update. Sorry..bila perasaan malas menguasai diri. macam ni la jadinya. haha.
Ok. Aku akan cuba berubah dan Aku akan berubah.
Ok. :) Actually aku tak de idea nak buat entry baru disebabkan idea tu selalu datang dan pergi macam angin je. sekejap ade. ade la. lepas tu hilang macam tu je. banyak gila draft. haha.
Disebabkan aku dah lama tak update..jadi jom kita review balik apa yang aku dah buat beberapa bulan yang lepas ni.
1- Alhamdulillah. Aku baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci MAkkah dan menziarahi Tanah Haram Madinah. Ya Allah. Memang best sgt tak terkata. Bila nampak Kaabah depan mata. Macam tak percaya yang Allah jemput aku untuk jadi tetamu Dia dalam usia ini. Sangat bersyukur. Aku duduk kat sana dalam dua minggu lebih. Rindunya tak terkata. Aku berharap dapat lagi aku jejakkan kaki ke sana lagi. So, kena kumpul duit la. Kalau Allah izinkan nak ziarah sekali bumi anbia di Jordan. Ziarah Petra..binaan yang unik tu.. pernah tengok kan? Salah satu impian aku adalah untuk menziarahi tempat ni. Lagi satu. Aku teringin sangat nak melawat Istanbul.
Petra,Jordan.  Subhanallah.
Pamukkale. In Istanbul.

Hehe. nanti aku akan cerita di lain entry InsyaAllah.
Ok. ni pulak a few gambar masa dekat Makkah n Madinah.

Tawaf.
Hey there. It's me. :) Baru lepas Sai'e and kami solat dalam  tempat Sai'e. Antara Bukit Safa n Bukit Marwah. 
Kaabah. Subhanallah. Belakang tu Zam-zam  Tower.
Yang ni payung dekat Masjid Nabawi. Masa ni nak kuncup dah. Dia akan kembang waktu panas dan kuncup bila dah redup.  dalam pukul 8 dah kembang. n bila dah nak dekat maghrib. dia kuncup la. 
 This is Quba' Mosque. dekat Madinah. Ade benda yg jadi masa kat sini. Hehe. nanti aku ceritakan..
Haiwan paling unik. Unta. Ya. Hebat ciptaan Allah. Masa ni di Makkah.

Ok. 2- seperti yang semua sedia maklum. Keputusan peperiksaan SPM dah diumumkan. And aku punya result tak la gempak mana. hehe. Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku dapat kerana sebab tu je yang aku usaha. walaupun sedikit terkilan tapi I'm Okay. :)

3-Ape ekk? Hmm. Aku dapat offer from UniKL. Untuk course Foundation in Science and Technology. And I think I'm going to accept the offer since parents aku pun support aku. Haa. and next week je aku akan mendaftarkan diri sebagai student semula. Study di Kolej MAra Kuala Nerang. Jyeaah. Tak sabar betul. Soooo Excited. haha.

4-I got new phone yaaww. Haha. ni pun nak cerita ke? suka hati laa. Ok. rasanya ni je dulu kot. nanti kita sambung di entry lain.



“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God, which is why we call it the present.”
Bil Keane

tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
salam sayang dari hati - azrahazimah :)






Wednesday, 27 February 2013

My interests are....

Hye guys!
Asslamualalikum..
Hmm..
Hari ni aku akan share segala benda yang aku suka buat dan minat.
Hehehe..
Tengok je la ea..
The first thing is..

 hehehehe.. dengar lagu..
Apa-apa lagu pun aku layan..
and actually aku suka dengar muzik..yang pelik-pelik yang unik-unik semua aku layan..
hahahaha..
 Yang kedua pulak..

 Aku sangat suka membaca.. kerana aku berpegang pada kata-kata.. membaca itu jambatan ilmu..
dan kita pun memang digalakkan untuk membaca sebab membaca sebenarnya buatkan otak kita berfikir dan berfungsi dengan baik..well..kita juga akan dapat idea-idea baru..tambah pengetahuan..

 yang ketiga pulak is..

hehehehe.. aku sendiri mengaku..aku memang gila maths dan lagi gila dengan addmaths..
sangat suka mengira,..
dan bila aku dah masuk dunia mengira aku...minta maaf banyak-banyak lah..aku memang tak peduli dah orang sekeliling..
terukkan?? hahaha..maaf ek kepada kawan-kawan aku yang pernah nak minta tolong tapi tak dipedulikan dulu..aku tak sedar orang panggil atau cakap dengan aku..dan hanya akan sedar bila orang dah stop cakap pasal topik tu.. Ya Allah teruk gila aku nih..
Okay-okay..continue..
The next is..

Of course lah memasak..
aku sangat-sangat suka memasak..
dan yang paling aku suka masak adalah..

hehehe...macaroni goreng..
sedap tau aku masak..
memang pro dah ni..(masuk bakul angkat sendiri dah)
 selain itu..

yang ni bukan aku suka sangat..cuma memang aku akan buat almost everyday and the whole day..
aku rasa awak semua pun buat juga kan? kan? kan?
dan palin suka bila mesej dengan my bestie forever n ever n ever till jannah,,
Fatimah Hanis..hehehe.. Sayang kau ngah!
Seterusnya,,
Kita minum dulu..

wahhhh...saya suka,saya suka..
Minum Susu :)
Awak semua tahu tak yang susu yang paling baik ialah susu ibu dan kedua paling baik adalah susu kambing..
heheheeh..susu menguatkan tulang..jadi Jom minum susu !
Aku juga suka..

bukan makan cili...
makan makanan yang berunsur cili..cehceh..yang pedas lah..
ye lah..anak Melayu,,malu lah  tak makan pedas..aku dah tak lalu nak makan kalau tak pedas..
tapi kalau nak makan pedas tu biarlah ada tahapnye..jangan telan je semua..sakit perut nanti aku tak tau..
hah..next,,,,

aku sangat minat tengok dokumentari..terutamanya pasal astronomi,bangunan-bangunan..
best gila..teruja..hahaha
aku juga minat dengan satu benda nih..

hehehehe.. sangat-sangat comell...
dan aku ska tgk benda macam ni..

kucing denagn lelaki..ohh man..bila nampak dua-dua ni..they are very cute..hehe
lagi-lagi..aku suka...

bukan epal hijau..tapi aku suka warna hijau.. damai je tengok kan..?
DSC_0482[1]
cantik kan?
Subhanallah..semua yang Allah jadikan cantik dan indah belaka kan?
Next,,

I love photography..
hehehe..eh..cantik tau gambar-gambar aku...
nak tengok?
tengok kat sini tau.. http://www.flickr.com/photos/ummuazra_95/
Aku juga suka layan video-video di youtube..

hehehehe..yang selalu aku bukak ialah video..
    Check this out naa..  http://www.youtube.com/user/matluthfi90

  check this out too.. http://www.youtube.com/user/aimanazlan90

From these two guys..aku banyak belajar dan berfikir..
Why not kau orang tengok kejap..best gila dan senang faham..
and lagi satu is..thi girl named Aishah Shakirah..
   http://www.youtube.com/user/aisyahshakirah

Hmm.so aku rasa banyak dah ni..
Aku saja share..
dan aku tahu hangpa semua pun ada juga minat masing-masing kan?
tapi ada sesetengah yang terpaksa menolak minat mereka sebab terikut-ikut dengan kehendak orang lain..
semua kita ada minat masing-masing dan perlu juga lah ikut tempat,asal tak buang masa kita,tak langgar syariat Allah..boleh kan?
jadikan minat anda sebagai hobi dan riadah yang boleh gembirakan hati anda..dengan itu..anda akan jadi lebih sihat..

“Develop an interest in life as you see it; the people, things, literature, music - the world is so rich, simply throbbing with rich treasures, beautiful souls and interesting people. Forget yourself.” 
― Henry Miller

tiba di akhir kalam..
jumpa di lain  muka..
salam sayang dari hati : azrahazimah,,

Wednesday, 20 February 2013

Beranikan dirimu..

Hye guys..
Assalamualaikum..
Hmm.. hari ni aku update blog ni dua kali..hihi
time ni la kena rajin sebab idea nak merapu mai dengan banyak.
Okay. tadi aku pergi hang out dengan girl aku, hahaha. Liyana Syahirah namanya.
Best. tapi satu je liyana ni. dia suka ingat aku tak enjoy dengan dia. ataupun expression muka aku kot yang tak betul. haha. sorry Liyana. tapi seriously, I'm enjoying my time with you. :)
Story time !
Okay. I had a matured-conversation with her. :)
masa ni aku tengah makan cheesy wedges ngan dia and suddenly she asked a quite wierd question.
okay. she asked me, apa yang aku nak buat kalau aku tahu yang suami aku nanti ada perempuan lain belakang aku.haha.(I hope benda ni tak jdi lah..mintak simpang..)
Then, I answered her,, I told her that aku akan confront dengan suami aku tu dan tanya dia what is happened actually,,and aku akan suruh dia fikirkan apa,kenapa motif dia buat semua tu. then aku akan suruh dia decide keputusan dia la (sama ada nak tinggalkan aku ataupun perempuan tu) ..And then Liyana kata.. Whoooaaa... kau jawab macam orang dah kahwin je. hahaha. Aku jawab je. rather than aku duduk tercongok tunggu dia permainkan hati aku baik aku beranikan diri aku sikit untuk tanya dia daripada aku buang masa, waktu , tenaga,air mata aku untuk dia. But she told me that she will wait for her man do what he think he should do. Then I told her, macam orang bodoh. hahaha. seriously.( ok. masa ni,,dia pukul aku) ..then I laugh.. betul apa.. then we end the conversation. hahaha.
So What do you think?
kalau kau orang ada rasa tak puas hati dengan seseorang or kau orang tahu yang orang tu ada buat something yang macam tak baik dekat belakang kau orang.. adakah kau orang akan duduk diam macam orang bodoh ,sakit hati seorang diri sedangkan dia dekat sana tak pikiaq pun pasai kita..
You choose. Well.. -kadang kita sebenarnya perlukan sedikit je keberanian untuk kita ubah sesuatu yang mungkin kita rasa benda tu remeh tapi sebenarnya ia bawak impact yang besar kat kita kalau kita buat.
Okay. Yeah. sebenarnya semua benda terjadi sebab benda kecil yang kita biarkan dan akhirnya menjadi besar dan semakin teruk.
So,, aku fikir la. lebih baik aku beranikan diri aku sikit untuk talk to her/him apa sebenarnya yang dia tak puas hati dengan aku or apa yang jadi. biar aku nampak dengn jelas dan tak kabur.haha. making things clear.
Lebih baik aku tanya.. Tapi aku tahu bukan semua benda kita ada keberanian nak buat. dan aku rasa untuk confront dengan orang tu adalah sangat susah.
Aku pun kadang-kadang tapi bila aku dilantik jadi ketua asrama, aku cuba dan beranikan diri aku untuk tell orang lain apa yang aku tak puas hati dan aku akan dengar apa yang dia tak puas hati dengan aku. dan seperti ketua- ketua yang lain. aku pun menerima kritikan malah kutukan dari budak-budak aku sendiri.
(Aku rasa merapu abis dah ni)

“the man that decided to change on the 12th hour, dies on the 11th".” 
― Hlovate

tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
salam sayang dari hati : azrahazimah :)

Tuesday, 19 February 2013

Me ? Myself..

Hye guys,,
Assalamualaikum.. :)
Smile.. itu lah benda yang aku buat saat aku menaip untuk post ini..
Wahahahaha.. seriously..
Aku tak tau nak update apa.. lama dah tak update..
Okay,,macam macam benda dah berlaku sepanjang beberapa minggu yang aku tak update nihh..
first: aku dah lulus ujian berkomputer dan tengah tunggu lesen L..
second: aku dah kerja sebulan lebih and dah dapat gaji pun Alhamdulillah :)
third: ramai kawan kawan aku nak resign and aku akan kerja sorang sorang. oh man, tak nak la gini.
fourth: i got a new pair of shoes.. hahah comey it's girly,, hahaha
fifth: I'm going to Fraser Hill,Pahang this weekend ! Oh,really can't wait for this.
sixth: I got a nightmare last night. Gila lah mimpi ni. Result dah keluar. Oh man. HAte this.
seventh: dah habiskan novel 'Si Mangkuk Tingkat' best gila. thumbs up :)
Okay..see banyak kan benda dah jadi..haha
Okay..
I'm not sure apa yang aku rasa sekarang tapi rasa macam nak kotak-koyak je hati aku ni so that aku puas.. tapi aku tau  tak mungkin aku dapat buat..
Senang cerita,,aku rasa ku rindu dekat seseorang dan susah dan sedih kot rasa macam ni.. aku tak suka.
tak boleh tak boleh. aku tak mau ingat dah kat dia.(ok,,aku tengah merapu ni)
Serious aku kata aku sedang mengalami proses di mana aku sedang mengalami kecelaruan identiti, emosi, perasaan dan lain. aku sendiri tak boleh nak conclude apa sebenarnya aku rasa. kadang kadang kalau marah pun macam tak marah. sedih? lagi lah tak.. macam tak de perasaan je, ataupun aku ni dah memang nak jadi heartless agaknya?
Hua3tak mau la gitu,, aku ingin jadi manusia yang normal,
Ceh,ceh,ceh..seriously,,aku sendiri tak faham dengan diri aku. benda tang sepatutnya menjadi kemarahan aku tidak jadi kemarahan aku walhal orang lain beria ia marah. tapi aku still duduk diam dan tak buat apa apa. macam pasrah. entah. aku sendiri buntu.
pelik dengan perangai aku yang satu ni. adakah aku terlalu mengambil semua perkara remeh temeh sangat? aku rasa tak la pulak cuma mungkin aku ni seorang yang relax dan cool (ceh,ceh,ceh, masuk bakul angkat sendiri sudah) dan mungkin aku terlalu cool. ataupun dah semulajadi aku kan. hahaha. ya lah nama aku kan Ummu=Ibu. (apa kena mengena pun aku tak tau) Okay. aku ni nak kata alim aku tak la alim mana dan mungkin tak alim pun. aku biasa biasa je. Ya,, mungkin dari cara aku berpakaian orang akan cakap aku ni ustazah. Hello! kalau kita bukan ustazah, salah ke nak pakai tudung labuh? kalau awak rasa begitu baik toksah hidup lah.hahaha . sorry terkasar. tapi betul apa yang aku cakap ni. dan sebenarnya aku sendiri takut dilabel sebegitu. seperti orang meletakkan sesuatu tanggungjawab di atas bahu aku untuk jadi orang yang bukan diri aku yang orang lain tak tau pun (tak faham? baca ja.. aku pun tak faham apa yg aku taip hihi)
Kadang-kadang aku sendiri tak faham.dan aku pun tak tahu apa yang aku tak faham cuma ia berlegar legar di fikiran aku. (ceh ayat ! haha) Ya.. aku sendiri masih tak faham dengan hidup ni dan aku rasa hang yang tengah baca ni pun sebenarnya tak faham lagi kan? tak apa. perjalanan hidup kita masih panjang dan kita akan tetap faham tentang hidup kita ni suatu hari nanti. dan aku tahu ramai yang tak boleh nak jawab soalan ni dengan jujur dan ikhlas. "Kenapa kita hidup?" okay,,bila aku taip soalan ni baru otak aku terfikir dan semua jawapan nak keluar tapi tersangkut sebab banyak sangat jawapannya. kau orang pun rasa macam ni kan,kan,kan? Kalau kau orang nak tau aku pernah bercita cita nak jadi Pakar Psikiatrik. hahaha. macam crazy je dgr. tapi memang tu lah cita-cita aku dulu kalau aku pilih nak jadi doktor. Sebab kawan kawan aku kata aku pandai dalam listening and responding t people yang mengadu kat aku. dan aku tak perasan pun benda ni sebelumnya. dan sekarang aku dah sedar. hahah. sebab tu yang nak jadi psikiatrik tu. Okay. aku jugak seorang yang unpredictable. mood aku selalunya ok. tapi tiba-tiba boleh jadi mendung. aku pun tak tau (bukan sebab hormon tak betul ke apa tau) . Well,,aku pernah buat ni. masa form 1, aku dudk sebelah kawan aku la dalam kelas. dan sebab benda yang aku tak tahu apa,tiba2 aku rasa macam benci gila nak tengok muka dia.dan selepas rehat je aku akan kembali jadi diri aku balik.hahah pelik kan?
tapi itulah diri aku yang pada aku, aku rasa sangat unik. jadi kau orang tak perlulah nak jadi plastik. nak pura2 jadi orang lain. sebab aku tahu kau orang bukan suka dan tak selesa langsung jadi orang lain kan? Jadi, tiru lah macam saya(nyanyi ;) )  Jadilah diri anda sendiri kerana dengan itulah anda akan rasa gembira . Trust me !

Just be yourselves because everyone else is already taken.
hihihi. :) betul apa.

“When we don't know who to hate, we hate ourselves.” 
― Chuck PalahniukInvisible Monsters

“You only live once, but if you do it right, once is enough.” 
― Mae West

tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
salam sayang dari hati : azrahazimah :)

Sunday, 20 January 2013

Coffee is white in colour.. :)

Never Judge Coffee by it's colour,,
Well..people do judge someone else..tanpa sedar siapa sebenarnya org yang dia nilai tu..
sebenarnya masa pertama kali kita jumpa seseorang itu kita dah pun judge dia dalam kita tak sedar..
betul orang kata "first impression is the most important" sebab dari situ orang dah mula nilai kita..
Tapi adakah kita tau apa yang difikirkan oleh si "penilai" tu?
rasanya tak mungkin unless dia ada deria keenam,,haha
tapi kepada si penilai tu..adakah yang ada fikir tu sesuatu yang positif atau sebaliknya?
well,,mungkin semua yang kita fikir tak semuanya benda yang positif..tapi kita sebagai tuan kepada otak dan akal..kita boleh kawal semua tu kan?
Maksudnya tukarkan persepsi yang negatif tu kepada yang lebih positif..
tak susah pun..tukarkan saja dari "tak" kepada "ya"..
"belum" kepada sudah"..
everything yang abstrak adalah sangat subjektif..
termasuklah manusia sendiri,,because kita adalah the most unique creature yang ada dekat atas muka bumi ni..
Contoh:
orang yang pakai tudung labuh,pakai stokin,pakai armsock orang yang alim?
jawapan: kebanyakan akan cakap yes!
jawapan sebenar: tak jugak,,honestly siapa kita nak nilai orang tu alim ke tak?
tahukah kita apa maksud alim tu sebenarnya? bila kita sendiri pun tak tau apa yang kita cakap bukankah bererti kita hanya bercakap tanpa berfikir? so..think twice before you act!

sama juga seperti semua orang,,aku juga tak suka dinilai tanpa orang yang menilai tu tahu siapa aku..
banyak kali dah aku kena,,tapi aku ambil tu sebagai satu pengajaran untuk aku jadi lebih baik..
walaupun aku ni nampak macam orang baik.(ceh..puji diri sendiri) dengar nasyid,,selalu pergi surau,,kawan dengan orang yang baik baik,okay,,stop! hahah,,aku mengaku aku ni tipikal budak yang baik-baik walaupun tak la baik sangat,,tapi mereke tak tau aku sebenarnya siapa..yes!
MEREKA tak tahu siapa aku,,
Jadi jangan judge aku sesuka hati aku..
aku lebih suka kalau mereka berterus treng dengan aku,.at least cerita dengan aku..jangan senyap je..macam mana aku nak berubah macam yang mereka nak..
jangan risau..i'm a good listener..aku pun takkan marah tak tentu pasal..
dan yang paling mereka tak tau ialah I AM INDIE SONGS' LOVER,,
probably,,mereka akan terkejut..sebab muzik ni macam pelik sikit,(dah mula la nak judge org),well apa boleh aku buat,,ni lah jiwa aku..aku happy with it!

dengarlah,,favourite song aku dari first time aku kenal dengan muzik indie ni..

remind me of someone ! :)

satu lagi..best..


ada lagi ni..



latest punya is AIZAT's,,haha




I don't mind dengan semua yang anda semua fikir..tapi sebelum anda menyesakkan fikiran anda untuk fikir tentang benda yang tak patut,,lebih baik fikirkan dulu cara untuk anda jadi lebih baik atau sesakkan dengan soalan Addmaths? hahah,,


“If the moon smiled, she would resemble you.
You leave the same impression 
Of something beautiful, but annihilating.” 
― Sylvia PlathAriel: The Restored Edition


tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
Salam sayang dari hati : azrahazimah :)

Wednesday, 16 January 2013

Sahabat..

Assalamualaikum,, :)
Hmm,,
hari ni nk cerita pasal apa?
okayh,,
Friends??
Apa yang hangpa semua tau apa dia maksud kawan?
Sahabat?
Teman?
Kawan?
macam ni ke?

“A friend is someone who knows all about you and still loves you.” 
― Elbert Hubbard
atau yang mcm ni?

“It's the friends you can call up at 4 a.m. that matter.” 
― Marlene Dietrich
 atau yang macam ni?

“Friendship is the bestiest thing that comes to life . Friends will always be there for you don't worry about the fakes worry about the people who had your back from the start and never treated you wrong always remember they are your real friends don't never take them as granted because one day your going to lose a good friend by the way your action's are when you see a good friend stick to that person .” 
― Marilyn Monroe

Hmm,, apa2 pun definisi hangpa smua tentang kawan atau sahabat atau teman atau kawan,,
yang penting kawan adalah orang yang akan menemani kita di kala kita susah atau senang,,
memang senang nak dapat seorang kawan,,tetapi nak cari seorang kawan sejati memang sgt susah..setuju dengan saya kan?
haa,,sebab itulah kita semua mesti cari kawan dgn betul,,
ramai yang keliru dgn istilah kenalan dgn maksud kawan yang sebenar,,
KEnalan ialah org yang kita kenal saja,,tapi kita tak tau siapa dia sebenaqnya..kita cuma tau kita kenai dgn dia,,kawan pula ialah seorang yang kita tau siapa dia,,hampir smua pasal dia kita tau,,
tapi pernah tak kita tau apa yang kawan kita tau pasal kita?
tak kan??
pernah kah kita tanya?
rasanya kebanyakan akan jwb x,,ya la,,yang kita tau kawan adalah kawan,,
dia mesti tau apa yang kita suka,, apa yang kita tak suka,,
apa2 pun,,kita memang digalakkan utk menjalinkan ukhuwah dengan sesiapa sahaja di muka bumi ini,,
dgn itu,,kita akan lebih tau sikap2 manusia yang sangat susah dan sangat byk nak diexplain 'kan,,
ada yang pelik,,ada yang biasa2,,ada yang suka merajuk,,sukakan perhatian,,
well..manusia adalah kejadian yang djadikan Allah yang sangat unik,,mana ada yang serupa,,walaupun kembar,,tak semua sama,,mesti ada perbezaan walaupun perbezaan tu cuma 0.000000001
dengan berkawan,,kita akan tau apa erti kehidupan,,kita akan belajar cara nak menyelesaikan masalah kita dengan sendiri,,kita kan belajar menjadi pendengar yang baik(jadi kaunselor secara tak langsung)
kita kan belajar meluahkan masalah kita dengan orang lain,,tak elok pendamkan masalah sorang2,,
dan yang paling penting kita akan kenal siapa pencipta kita yang hakiki..Subhanallah,,ingatlah bahawa hanya Dia yang telah menaburkan benih2 rasa sayang dan cinta kita ke atas sahabat2 kita,,dan dia yang telah menjodohkan kita dengan sahabat2 kita,,jangan kita putuskan langsung ukhuwah yang telah terbina itu kerana ia adalah titipan dari Yang Esa yang perlu kita jaga walapun hingga ke liang lahad sekalipun,,
Saya sangat sayangkan kawan2 saya,,saya rindu kawan2 saya,,Ya Allah,,(air mata dah bertakung di tubir mata) :)
ya Allah,, Aku mohon padaMu,,engkau panjangkan lah umur kawan2ku,,
panjangkan lah jodoh kami di bumi ini sehingga ke syurga,,
jangan lah engkau duga teman2ku dengan dugaan yang tak mampu mereka lalui,,
tabahkanlah hati mereka saat mereka diuji olehMu..
pertemukan lah mereka dengan jodoh yang baik2 untuknya,
Ya Allah,,masukkan kami ke SyurgaMu bersama2 ya Allah,,
Aku ingin mereka di samping mereka di samping ku dimsyurgaMu kelak ya Allah,.
Matikan kami semua dalam keadaan yang beriman,,
Aku mohon makbulkan doa ku ini ,,
Ameen,,Ameen,, Ya Rabal 'Alamin,,

kalau kawan aku tangah baca ni,,
ketahuilah bahawa aku Ummu Azra Hazimah Binti Ahmad Sokri sangat menyayangi anda semua,, :)


“A friend is one to whom one may pour out the contents of one's heart, chaff and grain together, knowing that gentle hands will take and sift it, keep what is worth keeping, and with a breath of kindness, blow the rest away.” 
― George Eliot

tiba di akhir kalam;;
jumpa di lain muka,,
Salam sayang dari hati : azrahazimah :)


Tuesday, 15 January 2013

Finally.. :) Alhamdulillah

Assalamualaikum,,
Hmm,,
Byk betul yg terjadi hari ni,,
Pertama sekali..
aku dah start kerja di pos A,,di mana aku menjaga pos yg paling digerubi oleh semua pekerja dekat tmpat aku kerja,,ye la sbb kat situ la paling sibuk,,paling senang short duit,,paling senang kena marah,,dan bila orang dah makin ramai beratur,,kita akan jadi org yang paling cepat gelabah..hahahhh
walaupun digeruni tp jaga kat situ lah untung,,gaji up sikit dari pos B,,
Apa2 pun,,aku kerja bukan nak sgt ngan gaji,,aku nak menghilangkan rasa bosan menunggu keputusan SPM,,
Hmm ape yg penting dalam bekerja is kita punya rasa kepuasan dlm buat apa yg kita suka tu,,bukan mengharapkan gaji sgt,,ye,,mmg gaji tu penting,,kalau tak ade duit macam mana nak hidup,,tp ape yg penting is kita ikhlas dgn apa yg kita buat dan tak rasa semua tu suatu bebanan yg berat,,ingatlah..kerja juga suatu ibadah! :)
Inilah yang aku sentiasa ingat dalam kepala otak aku ini,,dan dengan itu kerja semua menjadi senang dan gembira je buat kerja,,kerana semua telah dipermudahkan oleh Yang Maha Esa,,inshaAllah,,
tp,,aku masih lagi rasa belajar is better than bekerja,,sbbnya setiap hari kita akan belajar benda baru..tp aklau kerja,,hari2 buat benda yg sama,,

Hmm..saya sgt gumbira skrg,,hahah,,
kenapa?
sebab,,he called me!
ahah,,best la dpt ckp ngan bff kita,,
i hope our friendship will lasts forever kerana saya sgt sayang sama dy,,
walaupun kadang2 dy annoying tapi..dah nama pun bff,,so kita terima je la..
hahah,,kalu dy tgh baca skrg,jgn marah2 ye,,kita gurau je la awak..hehe
Hmm,,,
Okay..rasa2nya tu je dulu kot hikayat untu malam ni,,
nak pergi siap2 kan brg untuk kerja esok,,
seriously sy sgt tak sabar nak further study semula..sgt rindu nak belajar,,
sabar2 mu,,masanya akan tiba nanti jika diizinkan Allah,,inshaAllah,, :) Ameen

Nasyid for tonight is Permata Yang Dicari by Dehearty,,
dgr la bagi org2 yg telah jumpa org yg rasa dia dah jumpa dgn pendamping hidup dia,,dalam lagu ni ada doa untuk dekatkan jodoh kita,,InshaAllah  :)

“Do you want to know who you are? Don't ask. Act! Action will delineate and define you.” 
― Thomas Jefferson

Tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
Salam sayang dari hati : azrahazimah :)

Saturday, 12 January 2013

Hai,,hai,,

Hai,,Hai,,
Assalamualaikum,,
Hmm,,
Td kerja,,
hahahahhh,,,hari ni buat byk sgt kerja,,
Alhamdulillah,,x la bosan kan kalau duduk je,,
hmm,,
seriously,,sy sangat2 rindu dy,,
i really hope that he will try to understand me,,
hahahahhh,,
ape korg fikir tu ha,,
i'm thinking of my best friend la,,
nama dy xleh la bgtau,,
ape2 pun,,
I really miss him so much,,
Ye la,,x sangka org yang dlu kita prnah ejek2,,jd bestfriend,,
Hahaahaha,,,
So,the conclusion is,,
jgan la korg benci2 ngan org,,nnt jd syg pulak,,hahahahahhh,,,
merepek sudah,,ahah,,
Hmm,,malam ni nk cerita pasal ape ek?
Any idea?
Okay,,anda peminat nasyid?
kalu ya,,kita geng! :)
ok,,minat nasyid pe?
kita minat macam2,,
yg ni best,,Muhasabah Cinta by Edcoustic
nk lg?
okay,,lagu ni sgt syahdu,,
Destinasi Cinta by Mestica
 menagis dengar lagu ni,,
cuba la try dgr,,
Ok la,,
mlm ni mcm xde cerita je nk cerita,,
nmpk sgt otak dh penat,,,

“Harry - you're a great wizard, you know." 
"I'm not as good as you," said Harry, very embarrassed, as she let go of him.
"Me!" said Hermione. "Books! And cleverness! There are more important things - friendship and bravery and - oh Harry - be careful!” 
― J.K. RowlingHarry Potter and the Sorcerer's Stone

Tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
Salam sayang dari hati : azrahazimah :)

Friday, 11 January 2013

It's Me

Hye,,
Assalamualaikum,,
I'm new here,,hahahahhh..
baru berjinak-jinak dgn dunia blog ni,,
hhmmm,,,
tak tau post ape since sy masih baru kat sini,,
walaupon kat dalam fikiran byk sgt benda nak cerita,,
hhmmm,,
kita start dgn siapa sy skrg,,
hhmm,,
nama diberi Ummu Azra Hazimah Binti Ahmad Sokri,,
Graduated from SMK Raja Ali,,
I was The Hostel President there,,
hahahahhh,,,pelik tp itu benar,,
knp pelik,,sbb sy baru daftar ke skola tu masa form4,,so agak terkejut n mengejutkan org lain,,
hahahahh,,ape2 pun i did it !
Hhmm,,sy sgt suka berkawann,,n nak tambah kwn lg,
sgt meminati music indie,,hahahahhh,,,hujan n aizat !
Suka memasak,,membaca,,
I've got degree in baking lasagna n macaroni,,hahahahh..
acah je,,hahahahhh
tp i'm very good in making macaroni,,btol ni,,x tipu,,
hahahahhhh,,
masih menunggu keputusan SPM 2012 dgn penuh debaran,,
takut,,tp tak sabar,,
hmm,,pray for me ya,, 11A+,,

okay,, let me show you my Best Buddies Ever,,
Rindu sgt ngan dorang smua..





jamuan Asmera 2012

Miss you all so much! 

Teman kala Susah dan senang: Najihah n Khadijah

My Geng: Fazliana Hamid

Dengan si cantik Ulfah n jamirah

Rindu kamu semua

Sis! I miss you so much!

My sis with her best ever Buddy.

Me n My Bestfriend

Nyum2,,mkn aiskrim ramai2.


Ni pulak kwn2 kat gombak setia,,
The Setians,,
Really miss them so much !

Jamuan kelas 3 Setia 2010
Surprise birthday teacher Azlina.


Tiba Di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
Salam sayang dari hati : azrahazimah :)