Tuesday 14 May 2013

Saya OK .. Saya dah 18 tahun..

Hi there. Assalamualaikum.
Today is my birthday. 18's birthday.
Yeaah. I know I'm getting older. Memang la azra oii. Takkan makin muda pulak. haha
Hmm. Seriously aku happy gila. tak tahu kenapa. haha.
Ya.. maybe umur 18 tu macam satu tiket yang membolehkan kita buat apa yang kita nak tanpa merisaukan mak ayah kita. setuju tak?
Saya ok.. saya dah besar. haha
patutnya macam ni kot.
Saya dah besar.. saya ok.
haha. hmm.
Umur dah nak mencecah angka 2.. sanggup ke aku nak menghadapi dunia luar..
seriously ckp aku tak sedia lagi..
yaa.. aku masih tak kenal lagi dengan ragam manusia.. dekat sekolah kita hanya hidup dalam environment yang sama level dgn kita pemikirannya------kawan kawan kita laa.
yaa.. walaupun tak semua kawan kita berfikiran sama dengan kita..tapi mereka masih memahami kita..tahu apa yang kita rasa..yeaahh..
tapi nanti kalau kita dah kena duduk dekat luar,, jauh dari keluarga,,jauh dari kawan kawan kita..mampukah kita hidup..haha..apa daa soalan,,mesti la mampu..
jadi persediaan untuk menghadapi dunia luar ialah dengan set minda kita..mind set adalah sangat penting kalau kita nak buat sesuatu(ceh...ayat..x boleh blah).. ya.. kalau kita kata susah,takut,cuak, memang akan jadi macam yang kita kata tu la. betul tak..
Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ialah kata yang kita bole hadapi masa dewasa.. takkan takut.. kita mesti boleh buat.. dan sebenarnya factor sesuatu kejayaan adalah dgn kita berfikiran positif. optimis. sentiasa bersangka baik dalam semua perkara. Setuju tak?
Aku rasa diri aku sangat beruntung sebab good side of myself which is motivator dalam diri aku sangat kuat pengaruh terhadap diri aku yang aku rasa sangat lemah ni.
so..setiap kali aku takut untuk hadapi sesuatu,,serta merta diri aku akan dengan sendirinya menenangkan diri aku..haha.. aku rasa semua orang macam ni jugak..tapi kekuatan inside motivator kita tu je yang lain lain. Betul tak? Kekadang terapi untuk diri adalah dengan bercakap dengan diri kita sendiri sebab hanya kita yang tahu macam mana rasa tu. Sounds crazy kan. tapi aku rasa ini boleh jalan dengan diri aku.. Jadi kalau korang nak ikut cara ni..tapi kalau dah rasa pelik dan tak sesuai..jangan ikut k.. heee..
Ataupun paling bagus ialah cari orang yang nak dengar apa yang kita nak luahkan..dan bukannya nak condemn kita bila kita dah luahkan..macam kita cerita sepatah,, sepuluh patah dia jawab balik..haha..lepas tu dia nak salahkan diri kita pulak..ni kan lagi melemahkan kita..
Dan tempat yang paling best sekali untk mengadu ialah Pada Allah.. itu yang paling best,,kita boleh mengadu bila bila masa.. Allah takkan condemn kita langsung malah bagi kita rasa lagi tenang,, :)
Being an adult akan buatkan kita terikat dgn macam macam tanggungjawab. As for me.. sebagai seorang kakak kepada adik aku yang empat orang tu..lagi besar tanggungjawab tu aku rasa.. Jadi aku kena jadi lagi kuat daripada mereka..
yang pasti aku tak tahu mana aku dapat kekuatan untuk hadapi waktu tu dulu. haha. Waktu bila..? Biar aku sorang je lah tahu.. dan disebabkan benda tu la aku jadi kuat.. Kuat untuk hadapi semua benda walaupun kadang kadang aku rasa dah gagal.. tapi hati ini Allah masih kuatkan lagi..
Dan paling koman sekali soalan pasal dewasa ini ialah pasal kahwin. Haha. Aku memang tak terfikir lagi. Dan buat masa ni aku takkan fikir lagi. Insyaallah..Ade la jodoh aku nanti..
Yeaahhh.. Dalam masa beberapa hari je lagi aku akan masuk ke dunia baru---- dunia alam kolej/pengajian tinggi.. Seriously sangat teruja, tak sabar,nervous,cuak, semua bercampur bergaul dengan sebati..haha..
macam mana la nanti aku nak hadapi kawan kawan baru kat sana.. Mesti aku rindu dekat kawan kawan kat sini nanti. Haii..hidup perlu diteruskan,,dan kawan tu biarlah seribu,,kan kan?
Jadi buat semua kawan kawan aku dalam batch '95.. Goodluck..
Selamat memasuki alam baru,, Hati hati pilih kawan,,pandai pandai bawa diri nanti,,jangan mudah terpengaruh dengan anasir jahat,,haha,,macam karangan BM pulak dah..Tapi betul la.. Ingat pesanan aku ni.. Sape sape yang duduk jauh dari keluarga nanti n tak biasa berjauhan jangan la nangis nangis ye.. kena belajar adapt diri dengan environment baru,, cari kawan yang boleh bimbing kita ke jalan yang benar..hehehe..
Jadi selamat maju jaya kepada semua termasuklah kepada diri aku sendiri..


“You only live once, but if you do it right, once is enough.”
Mae West

“I'm a success today because I had a friend who believed in me and I didn't have the heart to let him down.”
Abraham Lincoln

“It is hard to fail, but it is worse never to have tried to succeed.”
Theodore Roosevelt

Jumpa di lain kalam,,
Salam sayang dari hati,,--azrahazimah :)

Thursday 9 May 2013

Hi.. Lama tak jumpa.. Heeee

Hi..Hello there :)
Hmm.. Assalamualaikum.
dah lama sangat aku tak update. Sorry..bila perasaan malas menguasai diri. macam ni la jadinya. haha.
Ok. Aku akan cuba berubah dan Aku akan berubah.
Ok. :) Actually aku tak de idea nak buat entry baru disebabkan idea tu selalu datang dan pergi macam angin je. sekejap ade. ade la. lepas tu hilang macam tu je. banyak gila draft. haha.
Disebabkan aku dah lama tak update..jadi jom kita review balik apa yang aku dah buat beberapa bulan yang lepas ni.
1- Alhamdulillah. Aku baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci MAkkah dan menziarahi Tanah Haram Madinah. Ya Allah. Memang best sgt tak terkata. Bila nampak Kaabah depan mata. Macam tak percaya yang Allah jemput aku untuk jadi tetamu Dia dalam usia ini. Sangat bersyukur. Aku duduk kat sana dalam dua minggu lebih. Rindunya tak terkata. Aku berharap dapat lagi aku jejakkan kaki ke sana lagi. So, kena kumpul duit la. Kalau Allah izinkan nak ziarah sekali bumi anbia di Jordan. Ziarah Petra..binaan yang unik tu.. pernah tengok kan? Salah satu impian aku adalah untuk menziarahi tempat ni. Lagi satu. Aku teringin sangat nak melawat Istanbul.
Petra,Jordan.  Subhanallah.
Pamukkale. In Istanbul.

Hehe. nanti aku akan cerita di lain entry InsyaAllah.
Ok. ni pulak a few gambar masa dekat Makkah n Madinah.

Tawaf.
Hey there. It's me. :) Baru lepas Sai'e and kami solat dalam  tempat Sai'e. Antara Bukit Safa n Bukit Marwah. 
Kaabah. Subhanallah. Belakang tu Zam-zam  Tower.
Yang ni payung dekat Masjid Nabawi. Masa ni nak kuncup dah. Dia akan kembang waktu panas dan kuncup bila dah redup.  dalam pukul 8 dah kembang. n bila dah nak dekat maghrib. dia kuncup la. 
 This is Quba' Mosque. dekat Madinah. Ade benda yg jadi masa kat sini. Hehe. nanti aku ceritakan..
Haiwan paling unik. Unta. Ya. Hebat ciptaan Allah. Masa ni di Makkah.

Ok. 2- seperti yang semua sedia maklum. Keputusan peperiksaan SPM dah diumumkan. And aku punya result tak la gempak mana. hehe. Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku dapat kerana sebab tu je yang aku usaha. walaupun sedikit terkilan tapi I'm Okay. :)

3-Ape ekk? Hmm. Aku dapat offer from UniKL. Untuk course Foundation in Science and Technology. And I think I'm going to accept the offer since parents aku pun support aku. Haa. and next week je aku akan mendaftarkan diri sebagai student semula. Study di Kolej MAra Kuala Nerang. Jyeaah. Tak sabar betul. Soooo Excited. haha.

4-I got new phone yaaww. Haha. ni pun nak cerita ke? suka hati laa. Ok. rasanya ni je dulu kot. nanti kita sambung di entry lain.



“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God, which is why we call it the present.”
Bil Keane

tiba di akhir kalam,,
jumpa di lain muka,,
salam sayang dari hati - azrahazimah :)